Selasa, 1 September 2009

LOVE STORY 1

Huh..malasnya aku hari ni..detik hati kecil seorang remaja.Nak buat apa dalam bilik ni,tengok kanan dinding,tengkok kiri pun dinding,tengok depan pintu pulak.Inilah rasa bila dah tamat zaman sekolah,menunggu keputusan SPM di umumkan,aku terpaksa duduk tanam anggur dirumah,nak kerja tak dibenarkan orang tua..maklumlah takut aku bergaul dengan budak-budak tak senonoh di luar sana tu.Alah,aku tak kisah semua tu..bagi aku walaupun aku bergaul dengan budak-budak nakal kalau aku tahan iman dan pandai jaga diri,takkan berlaku pekara yang terkutuk dalam hidupku.Betul tak?daripada otak aku melayang nun jauh ke hujung dunia,Baik aku ajak mak aku keluar.Maya,itulah nama sebenarku.Akupun terus meluru keluar dari bilik menuju ke ruang tamu di mana mak aku sedang berehat menonton tv.Aku mengajak mak aku keluar,dengan senang hati mak aku pun menganggukkan kepalanya..oh,rupanya diapun terasa bosan dalam rumah.Beginilah rutin kami setiap kali terasa bosan dirumah.Aku dan mak akupun pergi ke sebuah shoping komplek yang terletak tak berapa jauh dari rumah kami.Untuk menhilangkan rasa bosan aku,akupun membeli beberapa helai baju kesukaanku,begitulah cara untuk menghilangkan rasa bosanku.
Setelah sebulan aku tanam anngur dirumah,aku didatangi surat dari salah sebuah kolej swasta di kuching sarawak.Aku membuka surat itu,terkejut aku membaca isi surat itu,aku ditawarkan untuk masuk ke kolej itu.Dalam hatiku berkata,keputusan belum keluar aku sudah ditawarkan untuk menghuni intitusi tinggi.Pelik!!tapi dalam kehairanan aku juga berasa gembira.Dalam hati aku,dapatlah aku keluar dari rumah yang penuh dengan anggur yangku tanam..huhu..
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk,akupun meluru untuk melihat siapakah yang menganggu
ketenteraman jiwaku,oh..mak!dia pun bertanya apa isi surat yangku terima tadi.Akupun memberitahunya yang aku dipanggil untuk megasah otak lagi.Dengan senyum diapun berlalu pergi menandakan dia faham apa yangku maksudkan.Seminggu kemudian,tengah aku duduk melayan cerita tv,bapa aku bersuara.Maya,bila tarikh pengambilan kemasukan pelajar baru.Ops,feel aku dengan tv pun hilang seketika.Aku mejawab pertanyaannya:

Aku:lewat lagi pa,pertengahan bulan 6,sekarang baru bulan 3.

Bapa:Kalau begitu,buatlah persediaan untuk pergi.

Glurp!terkejut aku mendengar kata-kata bapa aku.Apa ni!aku belum lagi buat kata putus untuk pergi kesana,dah bapa aku memandai-mandai suruh aku pergi sana.Sebenarnya aku tak ingin nak pergi kesana,aku takut hidup sorang-sorang kat dunia lain!yelah walaupun intitut tu dalam kawasan sarawak,tapi aku tak nak berjauhan dari keluarga aku.Aku bukan biasa hidup sorang-sorang kat tempat lain.Nak menagis aku memikirkannya.Pejam celik pejam celik,bulan berganti bulan,tibalah bulan yang dinantikan.Arrgh!!!bulan 6..,nak aku batalkan persediaan untuk pergi kesana sudah diatur,kelengkapan untuk aku berada di asrama sudah dibeli,apa lagi tiket kapal terbang!fuh..lemah semangat aku memikirkannya.Tiba-tiba aku dipanggil oleh bapaku.

Bapa:Maya!oo..Maya!

Aku:Ye..pa

Bapa:Nah,ada panggilan telefon.

Pangilan telefon!setahu aku,aku tak pernah bagi no telefon bapa aku kat siapa-siapa.Siapa pula yang telefon aku,bisik hati kecilku.Aku mencapai telefon di tangan bapaku.

Aku:Hallo,siapa ni?

Calling:Akulah,Fina!

Aku:Ops,kau rupanya Fina..ada apa kau telefon aku ni.Setahu aku,kalau kau tak ada hajat besar kau tak akan call aku!

Fina:Eh,kau ni!tak delah..aku cuma nak tanya kau ada tak terima surat tawaran dari kolej swasta di kuching?

Aku:Ada,kenapa?

Fina:Akupun ada,kau pergi tak?

Aku:Maunya tak pergi,aku dah standby semua barang-barang keperluan untuk pergi kesana.Jangan kata barang tiketpun bapak aku dah beli tau.

Fina:Ye ke,aku ingat aku sorang je yang dah ready..akupun sama tau,bapa aku paksa aku lah.

Aku:hahaha..kita senasib.Wei,dah lewat ni..nanti kat kampung kita cerita lagilah k.

Fina:oklah..bye

Yes,sekurang-kurangnya aku tak keseorangan disana nanti,ada juga yang senasib dengan aku.Sebenarnya Fina tu,bukan orang lain dengan aku,dia tu sepupu belah bapa aku.Minggu ni aku tak pergi shoping,sebab aku dah janji dengan sepupu aku untuk berjumpa dengannya.Setibaku dikampung akupun pergi kerumahnya.Manakala orang tuaku pergi kerumah nenekku.

Aku:Assalammualaikum!

Akupun memberi salam.Kedengaran suara sepupuku menjawab dari dalam rumahnya.

Fina:Waalaikumsalam,masuk kedalam.

Akupun meluru masuk keruang tamu rumah itu.Tiba-tiba aku disapa oleh salah seorang sepupuku lagi,Ani.

Ani:Hai Maya!

Aku:Hai,ko pun ada kat sini.

Ani:Wei,mestilah..aku serupa macam korang.Aku dipanggil untuk memerah otak lagilah.

Akupun tergelak kecil.Dalam hati aku berkata syukurlah tuhan telah menolongku.Aku ditemani oleh dua orang sepupuku.Tidaklah aku keseorangan di dunia asing itu nanti.Mereka dijangkakan berangkat awal sehari dari tarikh aku pergi,tapi walaupun aku berangkat pergi lewat daripada mereka,mereka tetap sampai sama waktu aku sampai disana nanti.Manakan tidaknya,aku naik jet dia orang naik kereta api..huhu!maksud aku,aku naik kapal terbang dia orang naik bas.Pada tarikh 11.06.2003,tibalah masanya aku berangkat ke ibu negeri sarawak itu.Wow!bandar apakah ini!!banyaknya sampah masyarakat berpeleseran!inikah dinamakan negara yang bebas dari aktiviti sosial.Ramai remaja bawah umur melepak,berpasang-pasangan dan macam-macam lagi yang menyakitkan mata memandang.Dalam hati aku berkata'JAUH-JAUHKANLAH AKU DARIPADA DIJODOHKAN DENGAN ORANG KUCHING,AKU BENCI MELIHAT REMAJA LELAKINYA!manakan tidaknya hampir semua remaja disana seperti SETAN!walaupun aku baru beberapa jam disana,aku sudah tahu menilai perangai remaja disana..BERSAMBUNG...






1 ulasan:

  1. hohoohoho..cam aku tau ni..hahahhaa ting.. kalau ko rajin,aku pun ada wat 1 cerpen.. cari dlm blog ku.. tajuknya DIARI BIRU..

    BalasPadam