Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA!MERDEKA!

ERTI KEMERDEKAAN DI BULAN RAMADHAN INI

Salam...sempena hari merdeka ni sama-samalah kita memerdekakan diri kita!
dan sempena hari merdeka ni juga aku nak korang renung-renungkanlah apa ERTI
KEMERDEKAAN DI BULAN RAMADHAN ni..
Kemerdekaan kali ni datang dalam bulan ramadhan,untungnya rakyat malaysia dapat menyambut ramadhan dan merdeka sekaligus.Rejab dan syaaban berlalu pergi,kini
tiba pula ramadhan.Besyukur ke hadrat ilahi,kita masih lagi berpeluang menemui bulan
yang mulia ini.Apa yang pasti ramadhan kali ini serentak kita sambut dengan hari kemerdeka
.Yang penting kita boleh dapat banyak pengajaran dalam
bulan yang mulia ini.contohnya mendidik jiwa kita sendiri,membaiki paradigma dan
kebebasan,kebebasan yang dimaksudkan kebebasan dari segi mental dan fizikal kita,kita harus membersihkan diri dari mana-mana penyakit yang datang tanpa diundang!!penyakit yang paling parah adalah penyakit cemburu sesama manusia!inilah makna kemerdekaan sebenar.Bebas dari hawa nafsu,merdeka dari
pemikiran yang bertuhankan emosi dan kejahatan,jauhkan diri dari akhlak dan moral
yang keji dan hina,binalah jati diri bagi jiwa yang benar-benar merdeka.Semoga
kemerdekaan kali ini disambut dengan jiwa yang bebas dan kemerdekaan ramadhan
yang mulia.