Rabu, 28 Oktober 2009

JEJAKA KACAK IDAMAN??

Inikah Jejaka Kacak Yang Perlu Ku Cari? Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Allahu 'Alam...


saja aku nak pos entri ni,maksudnya sangat dalam..tersentuh plak aku membacanya..

Sabtu, 17 Oktober 2009

Jumaat, 16 Oktober 2009


THE DRAMA KING...

4 Kategori Drama King..

  1. Soap Opera Actor-Sering merayu-rayu dan minta dikasihani.Mudah menagis dan berlakon seperti dialah insan yang tertidas.Lebih teruk lagi sanggup bunuh diri demi cinta.
  2. Action Hero-Agak kasar dan suka melakukan kekerasan fizik
  3. Charming Star-Lelaki kategori ini biasanya pintar bercakap dan jaguh memutar belitkan fakta.Biasanya playboy nih!
  4. Mr.So...Nice-Dia dilihat sebagai lelaki yang begitu baik dan lembut,mempunyai sikap yang manis dan amat innocent.Namun lama kelamaan kamu mengenalinya semakin aneh dan berubah dengan drastiknya.Walau bagaimanapun hakikat sebenarnya di sebalik sifat pendiamnya dia gemar berbohong dan menyakitkan kamu.


Semua lelaki-lalaki Drama King ini mempunyai ciri-ciri utama iaitu suka berbohong dan lansung tidak berasa bersalah sekiranyamereka melakukan hal-hal yang buruk.Jangan mimpilah untuk merubahnya menjadi baik kerana dia sentiasa merasakan dirinya sudah cukup sempurna dan tidak ada apa-apa yang harus diperbetulkan.

Rabu, 14 Oktober 2009

DUNKIN DONAT


Setelahku cuba berkali-kali akhirnya DUNKIN DONATKU menjadi juak!inilah hasilnya,macam-macam bangsa donat aku tok..heee=),tpi walaupun donat aku menjadi,aku masih belum puas hati juak sebab donat aku x selembut DUNKIN DONAT yg sebenar!donat aku tok hanya setarap dengan donat2 yg jual diwarung tepi jalan!syukurlah dapat juak djual,mun org belipun boleh laku juak!cuma aku ingin donat aku tok setaraf dengan donat THE BIG APPLE punya donat...heeeeee=)aku tak puas hati!aku tak puas hati!eh..EMO plak aku ni!

Selasa, 13 Oktober 2009

do i look EMO!

ah stressnya aku!mok tauk knk?malam tadik aku perang dengan laki ku!sakit nar atku olehnya..ntah apa2 ntah akupun naik angin juak dgnnya dgn satu hal yg remeh temeh!apa halnya ya biarlah menjadi rahsia buat kami ber2!biasalah laki bini x ptt xda rajuk merajuk,tol x?sedangkan lidah lgi tergigit inikan pula suami isteri!jgn kta suami isteri org bgerek lagi berperang!tapi cdak perang pelik ckit kuikuikui!opps...apa crita hal org bujang tok,ingat gik bujangkah?hehe.Eeee....geramku eyh!tapi geram2 akunya juak tetap aku sayang,nya juak tetapku tunggu hari2!btw pleaseeez ah..kmk org perang xda tenking2,sepak terajang,maki hamun!sorang kata bodoh sorang kata gila!xda istilah ya dlm hdp kmk duak okey!kmk 2 perang dlm sms jak..hehe,mcm zaman bercinta dulu plak..sorang pujuk sorang!yang aku begang sangat last sms kmk 2 mlm tadik,nya padah aku emo!wow tak mainlah emo2 tok..ya zaman budak kecik lol!xda emo2 eyh..,bukan zaman remaja tok nak emotional tahap cipan..kuikuikui!tapi memang la aku ada wak emo sikit2 lam tdik=)cumanya pdah aku jak emo,nya ya x emo la!ntah2 nya lagi emo tahap dewa!xo-xo