Rabu, 2 September 2009

LOVE STORY 3

Walaupun aku selalu bergaduh dengan Azman,lelaki sewel itu.Tetapi hatiku ingin sekali bertemu dengannya.Bukan apa,aku hanya ingin tahu siapa gerangannya.Dalamku mengelamun panjang,kelihatan Fina sedang melayan seseorang di talian,aku mengusiknya dan bertanya siapakah orang dengannya berbual-bual ditalian,kerana aku melihat dia begitu mesra dengan si pemanggil,mana tahu Azman c manok kolok 2.Ha..itulah gelaran aku bagi dangan budak 2,biar dia tahu sapa aku hehe!tapi bukan dia saja yang aku bagi gelaran,akupun ada juga gelaran tau..budak tu gelarkan aku dengan Dugong!cis!!!hina sungguh nama itu bagi aku!aku yang kiut ni dibaginya nama dugong,dia belum tau saipa aku!inilah gadis idaman setiap insan yang bergelar lelaki...heheheh!angkat bakut sendirilah pulak aku ni.Tak palah,sekali sekala.Kalo tak diri sendiri yang puji sapa lagi yang hendak puji,harap orang ntah iklas ke tidak.Aduh....tiba-tiba Fina mengeluh.
Aku:Apahal Fina?
Fina:Dia nak jumpa akulah.
Aku:Siapa?
Fina:Norman kawan c Azman.
Terkejut beruk aku mendengarnya!Tapi kenapa pulak aku yang terkejut,baguslah kalo mereka nak berjumpa.Dapatlah mereka berdua merapatkan hubungan lagi.Aku tak payah jumpapun,aku dah kenal siapa Norman.Akupun memberi riaksi positif pada Fina.
Aku:Ko jumpalah dia,mana tau kamu dapat kenal lebih rapat lagi.
Fina:Eee..tak naklah!aku belum bersedialah!
Ani:Alah,apa nak sedia-sedia lagi..dah hari-hari dia call kau,ko jumpa jelah dia.
Fina memandang tepat ke arahku.Aku tahu dia mengiginkan sesuatu dariku.
Fina:Maya,ko kenal dengan Normankan?
Aku:ye..kenapa?
Fina:Aku nak kau tolong aku.Aku nak ko temankan aku berjumpa dengan Norman di Camp permai.
Hah!matilah aku!takkan aku lagi yang nak tolong satukan mereka.Adui,berat sungguh hatiku!bukan apa nanti kalo apa-apa hal terjadi pada hubungan mereka berdua,aku juga yang dipersalahkan!nak tak nak aku terpaksa juga tolong,memandangkan dia teringin sangat nak berjumpa dengan Norman.Berbeza pulak dengan Norman,dia menyuruh Azman menyamar menjadi dirinya.Pelik bin ajaibkan!!!Kami bercadang pergi ke camp permai selepas ujian akhir semester,sebelum itu banyak kejadian yang menyakitkan hati aku berlaku di kampus.Apa lagi kalo bukan,budak sabah tu yang buat hal..dia ajak aku datelah!inilah!itulah!tapi dah last semester pertama,aku keluar tanduk sikit,dia ajak aku keluar makan,akupun keluarlah!makan beb makan,orang belanja lagi tu.Semasa aku makan ramai yang memandang kami berdua,lantak koranglah nak kata aku apa..yang penting aku dengan Hasran ni tak de hubungan intim langsung!yang penting aku makan.Peperiksaan bermula,tapi aku tak nampak langsung batang hidung budak biol tu!hampir seminggu peperiksaan berlangsung,tapi c biol ni lansung tak masuk ambil paper.Hai,takkan nak gagal kot!Rupa-rupanya,memang betul dia tak nak ambil exam.Kawannya kata,dia tak ambil exam sebab kecewa dengan aku!terkejut jugalah aku dibuatnya.Hai takkan kerana aku tak terima cintanya,dia mengambil tindakan bodoh itu.Mana kata dialah oi..tamat sahaja peperiksaan itu,kami memulakan rancangan kami untuk pergi ke camp permai.Petang kami bertolak dengan menaiki kereta yang kami sewa dan dipandu oleh rakan kami sendiri,Debby.Sebelum itu Debby meminta agar kami sudi membawa kekasihnya bersama.Kami bersetuju,bukan apa takut-takut nanti yang kami nak jumpa ni bukan orang yang baik,malang tidak berbau..buatnya dia tengok kami datang ni semua perempuan,habis kami dimakannya nanti huhu!pada hari itu juga kierana dan suziela serta kekasihnya menyewa sebuah kereta lagi untuk pergi bersama-sama dengan kami.Sekarang kami berempat ditemani dua orang lelaki yang memang kami kenali iaitu Maxi dan Denni.Fina berjanji dengan Forman akan sampai di camp permai pada pukul 7pm.Tapi,jalan punya jalan!pusing punya pusing!jam sudah menunjukkan pukul 11pm.Norman sudah berkali-kali menghubungi Fina,macam-macam alasan kami beri kepada mereka.Azman yang dari tadinya menhubungi aku juga turut aku bagi alasan yang entah apa-apa.Tergelak juga aku dibuatnya bila Azman berkata.Banyak pulak alasan kitak orang tok!tayar pancitlah,minyak habislah,pergi makanlah!lepas ni apa selipar pulak putus,ah peduli apa aku dengan kau,bukan orang penting pun dalam hidup aku.Dia pulak yang nak melebih-lebih mengatur perjalan hidup aku hari tu,ingat dia sapa kekasih,buah hati pengarang jantung aku,suami aku..huh!tolong sikit erk.Setibanya kami di camp permai,ku lihat masih banyak pelancong-pelancong asing yang melepak.Aku menyuruh Fina menghubungi Norman.Dia berkata dia ada di tepi pantai damai beach resort yang terletak bersebelahan camp permai.Aku pulak menghubungi manok kolok!Mereka menyuruh kami masuk.Stupidlah punya manok kolok!adakah kami disuruhnya menyelinap masuk,nanti kena tanggap kami juga yang susah.Akupun menyuruhnya keluar untuk menemuiku.Nak tahu apa yang terjadi pada malam itu,patutkah aku disuruh Fina menyamar sebagai dia,dan Azman pulak disuruh Norman menyamar sebagai dia.Mau tak mau aku kena juga menyamar sebagai Fina,dalam hati aku berkata,macamlah aku tak kenal Norman dan macamlah Norman tak kenal aku.Hentam sajalah!Aku menghubungi Norman.
Aku:Hello.
Norman:Hello..
Aku:Dimana korang,kamek orang ada kat depan tok,tempat letak kereta.
Norman:Kamek orang ada kat hujung tempat letak kereta.
Aku:Okey,kamek orang pergi kesana sekarang.
Norman:Ok!
Pelik pulak aku rasakan suara itu,itukan suara Manok kolok!kenapa pulak boleh sama dengan suara Norman.Dengan ditemani Kierana,akupun berjalan menuju kehujung tempat letak kereta.Kelihatan kelibat 2 manusia disitu.Betulkah mereka?dalam hati aku berkata memang Norman dengan manok kolok.Setibanya aku di sana,dimana adanya 2 kelibat manusia tadi,aku nampak mereka berdua,salah seorang daripada mereka memakai baju berwarna putih dan seorang lagi sweater celoreng askar,akupun menyapa.
Aku:Hai..Normankah?
Dengan tersipu malu,dan muka ditutupi separuh cermin mata warna kuning manakala rambutnya diselindungi topi sweater berkata..bukan!
Aku:Kalo bukan,jadi kitak sapa?ney forman?
Dia menoleh kearah aku dan Kierana.Tiba-tiba Kierana bersuara berbisik kepadaku
Kierana:Handsomenya dia..
Aku yang tak sempat memandangnya wajahnya menoleh semula kepada lelaki tersebut.Tapi aku pandang bukan alang-alangpun,aku pandang dia dekat-dekat.Wow!jatuh juga jantung aku pada malam itu.Kali pertama aku nampak lelaki jantungku terus berbunga-bunga.Apakah ini dinamakan cinta pandang pertama.Ah,memalukan kaum perempuan saja aku ni,maintainlah sikit seperti tak ada berlaku apa-apa keatasku.Kedengaran Kierana bersuara lagi.
Kierana:Aik,malam-malampun pakai speak mata ka?
Aku mengusik nina.Mulut budak tu bukan bole ditutup juga..direct je bercakap.
Aku:Kierana kalo handsome..,ko ambil la buatkan gerek..
Kierana:Tolong sikit erk,dimana aku nak letak BF aku.
Suziela datang menerpa aku dan kierana.
Suziela:Wei korang,macam mana dah dapat jumpa dengan dorang.
Tiba-tiba suziela terpandang lelaki itu.
Suziela:Wah!Handsomenya.Ambik akulah oi dia ni..
Apalah punya perempuan kekasih dia depan mata,boleh dia cakap begitu.Tak sayang nyawa lansunglah budak ni.Dalam hati aku berkata inikah manok kolok yang selalu bergaduh dengan aku ni..lemah semangat aku memandang wajahnya.Aku tau dari lirikan matanya pada malam itu,diapun mempunyai perasaan yang sama denganku..huhu...BERSAMBUNG..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan