12.06.2003 tarikh pendaftaran pelajar baru sesi jun bermula.Dengan tertulisnya nama aku di atas kertas pendaftaran itu maka sah sudah aku menjadi salah seorang warga kolej chermai jaya.Di saat itu juga aku telihat kelibat sepupu-sepupuku yang baru sampai.Mereka berdua terus meluru ke kauter pendaftaran,aku menunggu mereka dalam kebosanan,pada masa itu juga aku melihat gelagat pelajar lain yang datang dari pelbagai daerah dan negeri.Kebanyakan mereka berasah dari sabah,negeri di bawah bayu.Nakal-nakl juga mereka,terutamanya pelajar lelaki.Dalam pada aku memerhatikan mereka,Fina menyapa aku.
Fina:Wei,apa yang kau lihat tu..jomla kita tengok bilik.
Akupun terus mengikut mereka dari belakang,dalam hatiku cantik juga pemandangan kampus ni,aku melihat ada 4 buah bangunan dihadapanku.Itulah asrama untuk pelajar seperti kami akan diami.Kami bertiga pun terus pergi meluru ke blok bangunan pertama,kerana disitulah letaknya bilik asrama kami.Setiba di depan pintu bilik,aku tak sabar-sabar untuk melihat keadaan bilik itu.Wow!boleh la tahan,bisik hati kecilku.Daripada tak ada bilik,lebih baik kita bersyukur je apa yang kita dapatkan.Setelah itu,kesemua orang tua kami berangkat untuk pulang,sebelum itu bapaku sempat menghadiahkanku sebuah telefon bimbit yang ketika itu top,handfonku berjenama nokia 3310,ramai yang ingin memilikinya ketika itu,dan akulah salah seorang bertuah memilikinya.Tanpa membuang masa lagi kami bertigapun mengemas-ngemas bilik itu.Selesai semuanya kami bertigapun berehat sambil berbual-bual.Sekarang jam menunjukan pukul 5petang,aku mengajak kedua sepupuku mandi.Selesai saja kami mandi,aku ternampak seorang pelajar dari sebelah bilik kami keluar untuk mandi.Akupun mula mengukir senyuman padanya,tandanya aku ingin berkawan dengannya.Dia membalas senyumku,dan memberi salam kepada kami bertiga.Sampai di bilik,kami bertigapun tergelak kecil.Kami bertiga sempat juga mengumpat.
Fina:Alim jugak budak 2!hehe
Aku:Tak baik mengumpat,nanti jadi kawan kau.
Ani:Jadi kawan tak pe,jangan jadi guru agama kau nanti hehehe
Apalah punya manusia macam kami bertiga ni,orang buat baik dijadikan bahan gurauan pulak.Ya,allah ampunkanlah dosa kami bertiga,begitulah kata hatiku setelah berbuat jahat kepada orang yang tidak tahu apa-apa.Sudah seminggu kami berada dikampus itu,sekarang ni kami tengah di orentasi oleh pelajar senior kami.Fulamak!!punyalah sakitnya hati kami semua dengan kakak-kakak senior tu,berlagak macam dia ada kuasa dalam dunia ni.Disitu juga aku melihat ramai pelajar yang tidak bersalah dihukum.Entah apa kesalahan dia orang kena hukum tak tentu pasal.Ah,mana kata doranglah nak hukum sesiapa saja,janji jangan aku!Tapi korang nak tahu,dalam kumpulan aku ni ada seorang lelaki yang paling kiut tau,semua gadis-gadis dari kumpulan lain suka memandang wajahnya termasuk aku sekali.Tapi bagi aku,wajahnya tu sebagai tatapan dan cuci mata je.Nak memiliki,jauh sekali di sudut hatiku.Aku taklah berminat sangat dengan lelaki yang terlalu handsome,nanti ramai pulak perempuan yang nak kan dia,ahirnya aku jugak yang meranakan.Ah,mecarut pulak aku ni.Selesai sudah orentasi,syukur alhamdulillah sepanjang orentasi tak ada pulak aku dikenakan oleh kakak-kakak senior tu.Sekarang bermulalah sesi kuliah bagiku.Hari ini hari pertama aku memasuki bilik kuliah,kelihatan ramai pelajar lelaki dari perempuan.Setelahku masuk aku duduk sebelah seorang perempuan yang memakai tudung,Siti,itulah namanya.Dari sejak itu aku dan dia menjadi teman sekuliah.Tapi bukan siti saja yang menjadi teman sekuliahku,seorang lagi baru muncul beberapa ketika selepas aku pula ingin berkenalan dengan kami berdua.Dia duduk disebelahku dan mengenalkan dirinya sebagai Irna.Sepanjang perkuliahanku,banyak pengajaran yangku dapat.Contohnya perangai budak sekuliahku,fuh..amat merimaskanku.Mana tidaknya,ada juga yang suka menganggu ketenteraman jiwaku untuk belajar.Kacau sana,kacau sini..itulah dinamakan budak lelaki.Hasran,budak yang palig suka mengacau aku!bila tibanya masuk waktu kuliah dia memang akan duduk disebelahku.Aku tau knapa dia suka dan menggangu ketenteraman aku..menurut rakan sekuliahku dia ada perasaan denganku.Hai!tapi aku terlalu benci dengan dia!betul-betul menyampah!kadang-kadang bukan dia sorang yang mengangguku,dia ajak kawannya sekali duduk disebelahku.Bodoh betullah budak lelaki ni,dah tahu orang tak nak layan dia janganlah dipaksa.Hai..ya allah ya tuhanku selamatkanlah aku dari lelaki durjana ini....Hari berganti hari keadaan masih sama seperti hari-hari yang aku lalui,dia tetap mengangguku sehinggalah pada satu ketika itu,di bilik kuliah aku terasa aman sekali,tapi aku hairan juga kenapa keadaan hari itu sungguh aman bagiku.Aku menoleh ke belakang bilik kuliah,aku ternampak lelaki yang selalu mengangguku..terkejut juga aku melihatnya duduk bersama seorang perempuan.Dalam hati aku'aik,dah beralih arah ke hati budak ni..syukur alhamdulillah!aman hatiku hari itu bagai aku duduk di bawah sepohon pokok redang yang berlatar belakangkan sebuah gunung dan pantai.Masuk semua pelajaranku!setelah tamat kuliah,akupun meluru ke pintu belakang bilik kuliah itu,secara tidak sengaja aku terpandang akan mereka berdua.Sakit hatiku bila hasran berkata kepadaku seperti aku yang tergila-gilakannya.Wei!perempuan jangan kau nak perasan yea,selama ini aku tidak pernah suka dengan ko lah!aku cuma main-main saja!begitu dia cakap dengan aku!cilaka punya budak sumpah hati kecilku!aku berhenti seketika dan memberinya senyuman sindir sambil berkata..'wei adaku kisah,adaku tanya,tak tanya pun!ko yang ganggu aku,kolah yang perasan!lantas kawan-kawannya mentertawakannya sambil mengatanya!bodoh ko ni Hasran!buat malu kaum lelaki!puas hatiku hari tu..sekarang aku melalui detik kegembiraan bersama kawan-kawanku.Tapi detik itu hanya seketika,selang beberapa hari dia mula mengangguku lagi!ARRRRRRHHH!ya tuhan kenapalah engkau berikan aku ujian yang sangat bodoh ini.
Suatu petang aku dikejutkan oleh deringan telefonku yang berada di tepi telingaku,terkejut aku dibuatnya.Aku mencapai HPku.
Aku:Hello!
Calling:Hello sayang!polah apa kitak?
Aku:Baru bangun tidolah penat!
Tiba-tiba aku tersedar dan tersentak dan pening-pening lalatku.Siapa yang memanggil aku sayang ni!bila masa pulak aku ada kekasih?!Mungkin budak lelaki gila tu!tapi suaranya bukan seperti budak sabahan,suaranya seperti budak lelaki keluaran negeri sarawak!
Aku:sapa ni?
Calling:aik,sayang x kenal dengan kamek lagikah?
Aku:sayang kmk nok ney satu,sayang kmk banyak tauk x?
Calling:Sampe at kitak,curang oww!
Aku:wei..sorry ea,kmk tok xda gerek,jadi xda istilah curang dalam hidup kmk(AKU BERBUAL-BUAL PENDEK DGNNYA)Oklah kmk nak pergi kuliah tok.Kelak kitak call kamek lagik k.
Akupun menekan punat merah HPku,sapalah yang datang gila petang-petang ni mengaku aku kekasihnya,dahlah orang sarawak lagi tu..ee,tak hingin aku.Tapi sebelum aku meletak telefon tadi aku sempat bertanyakan namanya.Azman itulah namanya,menurutnya dia mendapat nomborku dari seorang kawannya bernama Norman yang bekerja sebagai waitres di salah sebuah tempat pelancongan yaitu CAMP PERMAI.Baru aku teringat,aku pernah berkelah di situ pada cuti pertengahan semester.Dari situlah aku berkenalan dengan salah seorang lelaki waitress,tapi jangan salah sangka lah,bukan aku yang mulakan perkenalan itu,dia yang mulakan.Dia kata dia minat kat aku,aku apa lagi layan je lah.bukan hari-haripun aku jumpa mamat tu,manakala nombor HP mamat tu aku bagi pada sepupu aku Fina.Aku suruh dia kacau mamat tu..huhu.Tapikan..,best juga tempat peranginan itu,mendamaikan jiwa.Bagi yang berkasih-kasihan bolehlah datang ke tempat seperti itu.Matahari sudah terbenam,bulan purnama muncul di sebalik awan,aku baru saja selesai mandi.Fina dan Ani mengajak keluar makan di cafe kampus.Selain kami,aku mengajak jiran-jiran sebelah bilik untuk pergi sekali.Akma,suziela,debby,liza,kirana,nani..itulah nama-nama jiran sebilikku.Mereka semua aku kenal awal semester ini.Mereka semua sangat baik dan rapat dengan kami bertiga.Mereka semua bagai aur dangan tebing,tak dapt di pisahkan dengan kami,walaupun baru mengenal mereka,aku terasa selamat bersama dengan mereka.KRinggg3x,telefon salah seorang sepupuku berdering.Fina tersipu-sipu mencari HPnya.
Fina:Hello..
Calling:Hai sayang,apa polah kitak?
Fina:Wei,sapa ni?
Calling:kamek gerek kitak.
Tiba-tiba telefon terputus talian,fina memberitahuku no misteri yang menelefonnya sebentar tadi.Aku kenal no itu,tapi dimana ya..oh!dialah yang menghubungi aku petang tadi.Dasar lelaki keluaran kuching,tak cukup satu!Dari sejak itu lelaki misteri itu selalu menghubungi aku dan Fina.Tapi layanannya berbeza sekali,antara aku dengan Fina dia lebih suka bercakap dengan Fina kerana Fina melayannya dengan lembut sekali,bagai seorang puteri dan putra berkasih-kasihan.Aku pulak bagai nak muntah bila dengar mereka dua bercakap.Aku selalu bergaduh dengan budak lelaki tu,bagai nak hancur dunia aku bergaduh dengan dia.Dia tak juga mahu mengalah,apa lagi aku!dahlah aku anti sangat dengan budak keluaran kuching ni!Mana kala budak sabahan tu pula tak henti-henti mengangguku!Bukan setakat itu saja,telefon aku tu dah boleh dikatakan setiap jam,setiap detik berbunyi!entah sapa yang menghubungi aku,aku jawab je!ada yang kata dorang dapat no aku dari tin sardinlah,kulit keropoklah,kulit kayulah!hai knapa tak cakap je kulit buaya!ha..kalo kulit buaya,sapa yang berani ambik no aku tu..baru aku jadikan laki..hehe!...BERSAMBUNG...